Lenggong UNESCO Global Geopark
Where Earth’s and Human History Intertwine — Di mana Sejarah Bumi dan Sejarah Manusia Terjalin.
Lembah Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO
Lenggong telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, KeTSA pada 16 Disember 2021. Geopark ialah satu kawasan istimewa yang meraikan sumber warisan geologi di samping memperkasa komuniti, memulihara dan menggunakan sumber alami secara lestari.
Dari Prasejarah hingga UNESCO & Geopark
16 Disember 2021 – Lenggong Geopark Kebangsaan
Diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dengan menggabungkan Warisan Geologi, Arkeologi dan Biodiversiti.
30 Jun 2012 – Pengiktirafan UNESCO
Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO bagi kategori Warisan Budaya.
Era Penyelidikan Moden (1938 – 2000an)
Ekskavasi sistematik oleh penyelidik tempatan & antarabangsa. Penubuhan Galeri Arkeologi Lenggong.
Zaman Paleolitik Akhir (11,000 tahun lalu)
Penemuan rangka manusia lengkap dikenali sebagai Perak Man. Ditemui di Gua Gunung Runtuh pada 1991.
Zaman Paleolitik Awal (1.83 juta tahun lalu)
Bukti alat batu ditemui di Bukit Bunuh dan Kota Tampan. Membuktikan antara tapak Paleolitik tertua di Asia Tenggara.
Tapak Pilihan Lenggong Geopark
Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 ialah kawasan pertama dihuni oleh manusia di Asia Tenggara.
Warisan Orang Asli Lenggong
Bahasa Lanoh
"Luas Geopark nak kirak 2,248 km. Senoi Lenggong Geopark mok senoi gob, senoi beek, senoi cinak, senoi andek ma senoi lain. Jumlah senoi mok kirak 61,039."
Terjemahan:
Keluasan Geopark dianggarkan sekitar 2,248 km². Lenggong Geopark didiami oleh masyarakat Orang Asli Senoi yang terdiri daripada Senoi Gob, Senoi Beek, Senoi Cinak, Senoi Andek serta kumpulan Senoi yang lain. Jumlah keseluruhan masyarakat Senoi dianggarkan seramai 61,039 orang.
