Galeri Lenggong Geopark
Galeri Lenggong Geopark mempamerkan komitmennya terhadap warisan geologi, geoarkeologi, biologi dan budaya Lenggong. Ianya melengkapkan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang juga mempunyai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.
Galeri telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 9 Mac 2024. Galeri ini diuruskan oleh Majlis Daerah Lenggong.
Galeri Digital Lenggong
Sila imbas pada kod QR tertera atau klik pada pautan dibawah untuk ke Galeri Digital Lenggong.
Penghargaan
Kemudahan asas ini tersedia hasil komitmen Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Jabatan Mineral dan Geosains.
Kerajaan Negeri Perak, Majlis Daerah Lenggong dan pihak swasta Yayasan Al-Bukhary serta Geopark & Geotourims Creative Solutions Sdn. Bhd. dengan bajet RM2.6 juta.
Kedua-dua galeri, Geopark dan Arkeologi saling melengkapi sebagai kemudahan infrastruktur utama tentang maklumat warisan di Lenggong.
