Hari Ketiga The 7th Geotourism Festival & International Conference (GeoFest) 2026 Tumpu Perkongsian Ilmu dan Lawatan Teknikal ke Geopark Lembah Kinta

📍 Impiana Hotel Ipoh, Perak, Malaysia
📅 21–24 Julai 2026

Ipoh, 23 Julai 2026 – Hari ketiga The 7th Geotourism Festival & International Conference (GeoFest) 2026 diteruskan dengan pelbagai sesi persidangan ilmiah yang memfokuskan kepada kepentingan pemuliharaan geowarisan, pembangunan geopelancongan lestari serta usaha memperkukuh pengurusan UNESCO Global Geopark di Malaysia.

Antara topik utama yang dibincangkan ialah endapan Abu Toba di Lenggong UNESCO Global Geopark, pembangunan geopelancongan secara lestari serta hala tuju pembangunan UNESCO Global Geopark di Malaysia. Sesi-sesi tersebut telah disampaikan oleh barisan pakar terkemuka dari Malaysia dan Indonesia yang berkongsi hasil penyelidikan, pengalaman serta pandangan mengenai pengurusan geopark berdasarkan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Persidangan ini turut menjadi platform penting untuk memperkukuh pertukaran ilmu, memperluaskan jaringan kerjasama dan membincangkan pendekatan inovatif dalam aspek pemuliharaan geowarisan, pendidikan, penyelidikan serta pembangunan komuniti yang selaras dengan aspirasi UNESCO Global Geoparks Network (UGGp).

Pada sebelah petang, para peserta menyertai lawatan teknikal ke Kinta Valley Geopark yang melibatkan kunjungan ke Geotapak Karst Gua Tempurung dan Tasik Cermin. Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau secara langsung keunikan warisan geologi di kawasan tersebut, di samping mendalami pendekatan pemuliharaan geowarisan, pengurusan tapak geologi serta amalan terbaik dalam pembangunan geopelancongan lestari.

Penganjuran hari ketiga GeoFest 2026 terus membuktikan komitmen semua pihak dalam memperkukuh kerjasama antara geopark, memperluaskan perkongsian ilmu dan memperkenalkan kekayaan warisan geologi Malaysia kepada komuniti antarabangsa. Program ini diharap dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan geopark yang mampan serta meningkatkan pengiktirafan Malaysia sebagai destinasi geopelancongan bertaraf dunia.

#Geofest2026 #LenggongUNESCOGlobalGeopark #Geotourism

Tinggalkan komen

0.0/5