KONFERENS PENGUSAHA PELANCONGAN NEGERI PERAK 2026

πŸ“… 12 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ“ Hotel Casuarina Ipoh, Perak

Konferens Pengusaha Pelancongan Negeri Perak 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Casuarina Ipoh, anjuran MARA Negeri Perak, dengan penyertaan pengusaha dan operator pelancongan serta agensi-agensi berkaitan industri pelancongan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, yang telah merasmikan konferens tersebut.

Unit Warisan dan Pelancongan, Majlis Daerah Lenggong turut mengambil bahagian sebagai pempamer melalui reruai Lenggong Geopark. Penyertaan ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkenalkan dan mempromosikan keunikan warisan geologi, sejarah dan budaya, di samping mengetengahkan potensi produk serta destinasi pelancongan di Lenggong UNESCO Global Geopark kepada para peserta dan pengunjung.

Unit Warisan dan Pelancongan, Majlis Daerah Lenggong turut mengambil bahagian sebagai pempamer melalui reruai Lenggong Geopark. Penyertaan ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkenalkan dan mempromosikan keunikan warisan geologi, sejarah dan budaya, di samping mengetengahkan potensi produk serta destinasi pelancongan di Lenggong UNESCO Global Geopark kepada para peserta dan pengunjung.

Antara pengisian utama yang diketengahkan sepanjang konferens adalah:
πŸ”Ή Transformasi Usahawan Pelancongan Perak
πŸ”Ή Ekosistem Keusahawanan MARA
πŸ”Ή Pembangunan Produk Pelancongan Bernilai Tinggi
πŸ”Ή Hala Tuju Pelancongan Perak 2026
πŸ”Ή Taklimat Program Pensijilan Malaysia Tourism Excellent (MaTEx)
πŸ”Ή Transformasi Hospitaliti Pelancongan Perak

Dalam kesempatan yang sama, Lenggong UNESCO Global Geopark turut menerima Sijil Rakan Strategik MARA sebagai pengiktirafan terhadap jalinan kerjasama strategik dalam menyokong pembangunan serta pengukuhan sektor keusahawanan dan pelancongan.

Sijil tersebut telah diterima oleh En. Mohamad Nor Iqbal bin Ahmad Tajiaai, Penolong Pegawai Daerah (ADO), Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong yang merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja Lenggong Geopark, yang mewakili Pengurus Lenggong Geopark.

Penyertaan dalam konferens ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara Lenggong Geopark, pengusaha pelancongan, agensi kerajaan dan pemain industri. Jaringan ini penting bagi memperkasa pembangunan produk serta pengalaman pelancongan berasaskan warisan, alam semula jadi dan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MARA Negeri Perak atas jemputan serta peluang yang diberikan kepada Unit Warisan dan Pelancongan, Majlis Daerah Lenggong untuk menyertai konferens ini sebagai pempamer.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin melalui program ini dapat terus diperkukuh dalam menyokong pembangunan industri pelancongan yang berdaya saing, mampan dan bernilai tinggi di negeri Perak, khususnya dalam memperkasakan Lenggong UNESCO Global Geopark sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan dan alam semula jadi yang unggul.

#Lenggong #LenggongGeopark #LenggongUNESCOGlobalGeopark #UNESCOGlobalGeopark #PanoramaLenggong #WorldHeritageSite #HuluPerak #PerakSejahtera2030 #VisitPerak #VisitPerakLah #PromisingPerak

Tinggalkan komen

0.0/5