Lawatan Mahkamah Majistret Hulu Perak Ke Galeri Lenggong Geopark

Lenggong, 15 Ogos 2026 – Lenggong UNESCO Global Geopark berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Mahkamah Majistret Hulu Perak ke Galeri Lenggong Geopark dalam satu lawatan pendidikan yang bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah dan warisan Lenggong.

Lawatan tersebut melibatkan seramai 25 orang peserta termasuk kanak-kanak, yang berpeluang meneroka pelbagai informasi dan bahan pameran berkaitan sejarah geologi, arkeologi serta warisan budaya yang terdapat di Lenggong UNESCO Global Geopark.

Lawatan tersebut melibatkan seramai 25 orang peserta termasuk kanak-kanak, yang berpeluang meneroka pelbagai informasi dan bahan pameran berkaitan sejarah geologi, arkeologi serta warisan budaya yang terdapat di Lenggong UNESCO Global Geopark.

Menerusi lawatan ini, para peserta bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kekayaan dan keunikan warisan Lenggong, malah turut memahami hubungan antara sejarah bumi dengan perkembangan kehidupan manusia yang membentuk identiti kawasan ini.

Program seperti ini merupakan satu platform pendidikan tidak formal yang bermakna dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara dan melindungi warisan geologi, arkeologi dan budaya sebagai khazanah bersama untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Lenggong UNESCO Global Geopark merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mahkamah Majistret Hulu Perak atas kesudian memilih Galeri Lenggong Geopark sebagai destinasi pembelajaran, perkongsian ilmu dan penghayatan warisan.

Semoga kunjungan ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta dan diharapkan kerjasama serta kunjungan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#LenggongGeopark #LenggongUNESCOGlobalGeopark #GeoparkEducation #HeritageEducation #Lenggong #Perak #DiscoverLenggong

Tinggalkan komen

0.0/5