Lawatan Rasmi ke Galeri Lenggong Geopark Ketua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Negeri Perak

Lenggong – Lenggong UNESCO Global Geopark berbesar hati menerima kunjungan delegasi Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Negeri Perak (Chief Assistant District Officer) dari beberapa daerah kecil di Negeri Perak ke Galeri Lenggong Geopark dalam satu lawatan rasmi yang bertujuan memperkaya pengetahuan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi.

Lawatan tersebut diketuai oleh Tuan Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, yang turut berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Saintifik dan Pemuliharaan Lenggong UNESCO Global Geopark.

Sepanjang lawatan, para delegasi berpeluang mendapatkan pendedahan yang lebih mendalam mengenai keunikan dan kepelbagaian warisan geologi, arkeologi, biodiversiti serta budaya yang terdapat di Lenggong UNESCO Global Geopark. Para delegasi turut diberi penerangan mengenai peranan penting geopark dalam usaha pemuliharaan warisan serta pembangunan pelancongan secara lestari.

Lawatan seumpama ini menjadi platform penting dalam memperkukuh perkongsian ilmu, jaringan profesional dan kerjasama antara agensi, khususnya dalam aspek pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan geopark.

Melalui jalinan kerjasama yang berterusan antara pelbagai pihak berkepentingan, Lenggong UNESCO Global Geopark terus komited untuk memperkasakan usaha pemuliharaan warisan serta pembangunan geopelancongan yang mampan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Lenggong sebagai destinasi geopelancongan bertaraf dunia.

#LenggongGeopark #UNESCOGlobalGeopark #Lenggong #Perak #Geotourism #Geoheritage #SustainableTourism #Geoconservation #PerakTourism

Tinggalkan komen

0.0/5