Lawatan Teknikal ke Gua Puteri

Satu lawatan teknikal telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak (JMG Perak) ke Geotapak Gua Puteri, Lenggong, bagi membantu mengenal pasti potensi risiko susulan kejadian lubang benam (sinkhole) yang berlaku di dalam kawasan gua tersebut.

Lawatan ini turut bertujuan untuk menilai sama ada pembentukan lubang benam tersebut berlaku secara semula jadi hasil daripada proses geologi dan karst, atau berpunca daripada aktiviti manusia di kawasan sekitarnya. Penilaian teknikal ini amat penting bagi memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dapat diambil, di samping memelihara warisan geologi serta menyokong pengurusan geotapak yang mampan dalam kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark.

Pihak Lenggong UNESCO Global Geopark merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JMG Perak atas kerjasama dan kepakaran yang diberikan dalam usaha memantau serta memulihara warisan geologi di Lenggong UNESCO Global Geopark.

Orang ramai dan para pengunjung dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan sebarang aktiviti di kawasan pelancongan dan geotapak di sekitar Lenggong UNESCO Global Geopark demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.


#LenggongGeopark #LenggongUNESCOGlobalGeopark #Geoheritage #Geology #GuaPuteri #JMGPerak #GeoparkMalaysia #GeoConservation

Tinggalkan komen

0.0/5