Unit Pengurusan Lenggong UNESCO Global Geopark telah berbesar hati menyertai Hari Koperasi dan Kantin Sekolah 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah, Lenggong dengan membuka sebuah reruai pameran bagi memperkenalkan nilai, keunikan dan kepentingan Lenggong UNESCO Global Geopark kepada para pelajar, guru serta pengunjung.
Pelbagai aktiviti interaktif dan berunsurkan pendidikan telah disediakan bagi memperkenalkan para pelajar kepada dunia sains geologi serta keistimewaan warisan geologi yang terdapat di Lenggong UNESCO Global Geopark.
Antara aktiviti menarik yang disediakan di reruai pameran ialah:
- Demonstrasi letusan gunung berapi.
- Pemerhatian mineral menggunakan mikroskop.
- Pengenalan kepada kitaran batuan.
- Pameran spesimen batuan yang terdapat di Lenggong UNESCO Global Geopark.
- Pengalaman meneroka Lawatan Maya (Virtual Tour) Lenggong UNESCO Global Geopark.
Melalui aktiviti-aktiviti interaktif ini, para pelajar berpeluang memahami bagaimana proses geologi membentuk landskap bumi, di samping meningkatkan penghargaan terhadap warisan geologi, kepelbagaian biologi dan warisan budaya yang menjadikan Lenggong diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan kepada Unit Pengurusan Lenggong UNESCO Global Geopark. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan dalam usaha memperkasa pendidikan geosains, memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan warisan semula jadi, serta menginspirasi generasi muda untuk menghargai, memelihara dan memartabatkan khazanah warisan negara.
#LenggongUNESCOGlobalGeopark #UNESCOGlobalGeopark #GeoparkMalaysia #GeoscienceEducation #SchoolOutreach #DiscoverLenggong #DoubleUNESCOCrown






















