Majlis Makan Malam & Sesi Menandatangani Perakuan Jalinan Kerjasama Jaringan Geopark Malaysia : Aspiring Melaka Geopark &Lenggong UNESCO Global Geopark

29 Jun 2026 | Isnin
Dewan Kaloi, Resort Tasik Raban, Lenggong

Badan Pengurusan Lenggong UNESCO Global Geopark telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Sesi Menandatangani Perakuan Jalinan Kerjasama Jaringan Geopark Malaysia antara Aspiring Melaka Geopark dan Lenggong Geopark.

Majlis ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara geopark di Malaysia melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman, amalan terbaik serta pembangunan bersama dalam aspek pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti, budaya, pendidikan dan pembangunan pelancongan lestari.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong dan Pengerusi Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark.

Turut hadir ialah:

  • YBrs. Tuan Mohamad Fitri bin Hassan, Pegawai Daerah Hulu Perak merangkap Pengerusi Lenggong UNESCO Global Geopark;
  • YBrs. Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami, Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Geopelancongan Lenggong UNESCO Global Geopark;
  • YBrs. Tuan Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Saintifik dan Pemuliharaan Lenggong UNESCO Global Geopark; serta
  • YBhg. Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka, yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Aspiring Melaka Geopark.

Kemuncak majlis menyaksikan pemeteraian Perakuan Jalinan Kerjasama Jaringan Geopark Malaysia sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua geopark. Jalinan kerjasama ini diharap dapat memperluaskan peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pendidikan, pemuliharaan, pembangunan komuniti dan geokonservasi, sekali gus memperkasakan pembangunan geopark secara mampan di Malaysia.

Majlis turut diakhiri dengan penyampaian cenderamata, sesi bergambar dan jamuan makan malam dalam suasana penuh muhibah yang mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen semua pihak terhadap pembangunan geopark negara.

#Lenggong #LenggongGeopark #LenggongUNESCOGlobalGeopark #UNESCOGlobalGeopark #PanoramaLenggong #WorldHeritageSite #HuluPerak #PerakSejahtera2030 #VisitPerak #VisitPerakLah #PromisingPerak #MalaysiaGeoparkNetwork #AspiringMelakaGeopark

Tinggalkan komen

0.0/5