Jenis Warisan

Stratigrafi dan Sedimentologi.

Nilai

Tapak geowarisan berkepentingan kebangsaan.

Penerangan

Tapak ini mempamerkan kehadiran lensa batu kapur dalam Formasi Kroh (490–419 juta tahun lalu) yang berasal daripada persekitaran laut dalam purba. Proses metamorfisme sentuhan telah menukarkan batuan tersebut kepada marmar semasa berlakunya intrusi igneus pada Zaman Trias (255–210 juta tahun lalu).

Kehadiran zon ricih di antara batu kapur dan batuan igneus, yang memperlihatkan struktur lipatan menjadi bukti yang menyokong proses peralihan metamorfisme ini. Antara ciri kars yang dapat ditemui di kawasan ini ialah morfologi gua yang didapati turut menyimpan bukti arkeologi penempatan manusia purba khasnya zaman Neolitik.

Kepentingan

Kekanta batu kapur Formasi Kroh yang terpulihara dalam bentuk bukit batu kapur dan mempunyai gua.

Warisan lain

Gua Singa mempunyai bukti kehidupan prasejarah sejak 9,250 + 60 tahun dahulu.