Jenis Warisan

Spesies endemik.

Penerangan

Biotapak ini merangkumi kawasan kaki bukit bahagian timur Banjaran Bintang di dalam Lenggong UGGp. Habitat hutan granit dataran rendah Banjaran Bintang menyokong populasi spesies endemik Semenanjung Malaysia iaitu Cicak Batu Bintang (Cyrtodactylus bintangrendah, Fam. Gekkonidae).

Taburan spesies ini merangkumi hutan perbukitan rendah sehingga ketinggian 450 m di kaki Banjaran Bintang. Di bahagian timur Banjaran Bintang, spesies ini hanya dijumpai dari Lembah Lenggong, Perak.

Kepentingan

Habitat hutan granit dataran rendah Banjaran Bintang adalah sebahagian daripada ekosistem yang sangat kaya dengan kepelbagaian biologi, termasuk pelbagai spesies istimewa.

Warisan lain

Hutan dataran rendah Banjaran Bintang yang didasari oleh batuan granit menyediakan sekitaran yang sesuai dengan kehidupan tertentu yang bergantung antara satu sama lain.