Jenis Warisan

Volcanology

Nilai

Tapak geowarisan berkepentingan kebangsaan.

Penerangan

Debu gunung berapi Toba terdapat dengan meluas di kawasan Lenggong seperti di Kg Chepor, Tasik Sandarhalu dan Bukit Sapi. Tapak di Kg Chepor menunjukkan debu gunung berapi ini telah digunakan sebagai asas bagi masjid awal, iaitu Masjid Raja (1541). Debu ini yang terdiri daripada komposisi riolit, mengandungi mineral kuarza, zirkon, turmalin, dan mika.

Penentuan umur melalui kaedah Ar40/Ar39 mencadangkan umurnya kira-kira 74,000 tahun, iaitu letusan super terakhir Gunung Toba di Sumatera Utara. Merupakan salah satu letusan terbesar dalam sejarah manusia yang memberikan impak global di mana hampir membawa kepada kepupusan manusia awal. Sisa debunya tersebar luas merentasi Asia, India, Afrika, malah sehingga ke Antartika.

Kepentingan

Mempamerkan penggunaan awal bahan geologi semula jadi (debu Toba) sebagai asas Mesjid Raja pada 1541.

Warisan lain

Sifat debu Toba sama seperti bahan konkrit simen telah membolehkan senibina Masjid Raja sebagai mesjid kedua tertua di Perak kekal kukuh sehingga kini.