Jenis Warisan

Spesies terancam

Penerangan

Biotapak ini merangkumi kawasan hutan Banjaran Titiwangsa di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak. Habitat hutan hujan tropika lembap Banjaran Titiwangsa menyokong populasi Harimau Malaya yang terbesar di Malaysia.

Populasi Harimau Malaya telah mencapai tahap ancaman getir dan tapak ini masih mempunyai rekod penemuannya. Memandangkan kawasan ini sering dilaporkan penemuan Harimau Malaya, hutan di kawasan ini perlu dilindungi sepenuhnya.

Kepentingan

Hutan hujan tropika Banjaran Titiwangsa merupakan ekosistem hutan dipterokarpa bukit granit yang sangat kaya dengan kepelbagaian biologi termasuklah pelbagai spesies terancam seperti harimau Malaya.

Warisan lain

Hutan hujan tropika Banjaran Titiwangsa yang didasari oleh batuan granit menghasilkan tanah yang kaya dengan nutrien yang menyokong jaringan kehidupan yang saling bergantung antara satu sama lain, daripada tumbuhan, herbivor dan pemangsa.