Jenis Warisan

Stratigrafi dan Sedimentologi.

Nilai

Tapak geowarisan berkepentingan kebangsaan.

Penerangan

Tapak ini mewakili fasies berpasir berbentuk kanta yang tersendiri (arenit) yang terletak di antara batuan argilit yang dominan dalam Formasi Kroh. Batuan ini telah mengalami metamorfisme gred rendah, lalu berubah menjadi kuarzit dan batu sabak akibat aktiviti intrusi granit.

Formasi ini berasal dari Zaman Ordovisi–Silur (sekitar 443–419 juta tahun dahulu) dan telah diendapkan dalam persekitaran laut cetek. Tapak ini mewakili bahagian dasar (basal) bagi Formasi Kroh.

Kepentingan

Nilai pendidikan dan saintifik yang tinggi di peringkat kebangsaan kerana ia mewakili fasies arinit dalam endapan Ordovisi–Silur Formasi Kroh.

Warisan lain

Bukit Suring juga mendedahkan enapan kelikir Sungai Perak kuno yang juga dijadikan bengkel alat batu Paleolitik.