Jenis Warisan
Stratigrafi dan Sedimentologi
Nilai
Tapak geowarisan berkepentingan kebangsaan.
Penerangan
Tapak ini terletak di Felda Lawin Selatan memperlihatkan sebuah lembangan hampir bulat dengan diameter kira-kira 2.4 km dan ketebalan sehingga 300 meter. Tapak ini dicirikan oleh lapisan kerikil dan pasir yang berselang-seli dengan bahan kemerahan tidak terkonsolidasi.
Di dalam lembangan ini turut ditemui klas yang terdiri daripada kerikil hingga ketulan kuarza dan kuarzit. Pembentukan Lembangan Lawin bermula pada zaman Neogen, kira-kira 23–2.58 juta tahun dahulu, dalam lembangan sesar Bok Bak, dan dipercayai terbentuk berhampiran persekitaran tasik.
Kepentingan
Nilai pendidikan dan saintifik yang tinggi di peringkat kebangsaan kerana ia mewakili salah satu daripada tujuh lembangan yang dicirikan oleh pemendapan sedimen daratan baru di Semenanjung Malaysia.
Warisan lain
Terletak di Lata Sungai Lawin, lembangan ini bersempadan dengan batuan dasar granit (Pluton Selama) dan telah dibangunkan sebagai kawasan rekreasi sungai.




