Jenis Warisan

Seni lukisan kuno.

Penerangan

Lukisan gua ialah lukisan di dinding dan lelangit gua batu kapur dan merupakan simbol yang dilukis dengan motif yang tertentu. Ada sebanyak lima gua batu kapur di Lenggong yang mempunyai lukisan gua, iaitu Gua Badak, Gua Batu Tukang, Gua Dayak, Gua Gelok dan Gua Batu Putih.

Kepentingan

Kesemuanya berwarna hitam kerana dilukis dengan bahan arang. Lukisan dibuat oleh masyarakat peribumi yang menghuni gua-gua ini sebelum dipindahkan ke penempatan tetap di Kampung Air Bah dan Bukit Sapi pada 1990.