Jenis Warisan
Seni lukisan kuno.
Penerangan
Lukisan gua ialah lukisan di dinding dan lelangit gua batu kapur dan merupakan simbol yang dilukis dengan motif yang tertentu. Ada sebanyak lima gua batu kapur di Lenggong yang mempunyai lukisan gua, iaitu Gua Badak, Gua Batu Tukang, Gua Dayak, Gua Gelok dan Gua Batu Putih. Kesemuanya berwarna hitam kerana dilukis dengan bahan arang. Lukisan dibuat oleh masyarakat pribumi yang menghuni gua-gua ini sebelum dipindahkan ke penempatan tetap di Kampung Air Bah dan Bukit Sapi pada 1990.
Kepentingan
Lambang asal usul seni lukisan Lenggong UGGp yang masih terpulihara di Formasi Batu Kapur Lengggong yang dilukis oleh Orang Asli menggunakan arang.
Warisan lain
Kepelbagaian geologi, biologi dan landskap unik di Lenggong UGGp membentuk komponen identiti komuniti Orang Asli yang penting dan saling berkaitan termasuk perkembangan seni lukisannya.







