Jenis Warisan
Petrologi Igneus dan Metamorfik.
Nilai
Tapak geowarisan berkepentingan kebangsaan.
Penerangan
Tapak Bukit Gua Badak mewakili batu kapur Formasi Lenggong (418-359 juta tahun) yang telah mengalami metamorfisme sentuhan menjadi batuan marmar akibat rejahan igneus yang berlaku pada zaman Trias (255–210 juta tahun) dan dapat dibuktikan oleh penemuan zon ricih antara batu kapur dan batuan igneus yang mempunyai fitur struktur lipatan.
Endapan sedimen mencapai siling gua mengawet pelbagai fosil haiwan mamalia seperti orang utan, badak, babi janggut, rusa dan pelanduk yang berusia 30,000 tahun dahulu.
Kepentingan
Geotapak ini mempunyai nilai saintifik dan estetik yang tinggi di peringkat kebangsaan kerana mewakili singkapan marmar terbaik dalam Lenggong UGGp.
Warisan lain
Terdapat beberapa gua batu kapur yang menyimpan rekod arkeologi manusia purba yang pernah tinggal di sini khasnya di zaman Neolitik serta beberapa gua pula terdapat bukti lukisan gua yang dilukis dengan arang oleh Orang Asli Negrito. Kepelbagaian biologi hutan batu kapur menyokong flora istimewa seperti Paku Aji (Cycas clivicola).




