Jenis Warisan

Petrologi Igneus dan Metamorfik.

Nilai

Tapak geowarisan berkepentingan kebangsaan.

Penerangan

Tapak ini merupakan sebuah bukit  batu kapur masif Formasi Lenggong (418-359 juta tahun) yang telah mengalami metamorfisme sentuhan akibat intrusi granit semasa Trias (255-210 juta tahun) yang menyebabkannya menjadi marmar.

Bukit ini mempunyai beberapa gua dengan Gua Harimau adalah gua terbesar yang mendedahkan bukti prasejarah zaman Neolitik-Logam yang sejak 2012 menjadi  sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong. 

Kepentingan

Kompleks gua di Bukit Batu Kapur Gua Harimau ini mendedahkan bukti arkeologi kediaman manusia prasejarah sejak 5,000 tahun yang lalu.

Warisan lain

Gua Harimau telah digunakan oleh masyarakat Neolitik sekitar 5,000 tahun yang lalu dan kemudiannya oleh masyarakat Zaman Logam kira-kira 3,000 tahun yang lalu, khususnya sebagai kawasan pengebumian di bahagian hadapan gua serta sebagai tempat kediaman di bahagian dalam gua. Tapak ini merupakan kawasan pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO.