Jenis Warisan
Sejarah Senibina dan Islam.
Penerangan
Masjid adalah binaan yang melambangkan kehadiran kelompok Muslim di sesebuah kawasan. Ada dua masjid yang penting di dalam sejarah Islam di kawasan ini, iaitu (i) Masjid Yahya Ubudiyah, di Kampung Banggol Belimbing yang telah dibina pada tahun 1939. Masjid ini ialah masjid tertua di Hulu Perak yang menggunakan bahan binaan batu-bata, (ii) Masjid Jamek Lenggong yang mula digunakan pada tahun 1959 sebagai lambang Islam di pusat pentadbiran daerah selepas merdeka.
Kepentingan
Mesjid Yahya Ubudiyah (1939) dan Mesjid Jamek (1959) mendedahkan sejarah perkembangan Islam dan senibina mesjid yang berterusan daripada mesjid tertua di Lenggong UGGp iaitu Mesjid Raja (1541).
Warisan lain
Kepelbagaian geologi, biologi dan landskap unik di Lenggong UGGp membentuk komponen identiti komuniti yang penting dan saling berkaitan termasuk perkembangan Islam dan senibina mesjidnya.




