Jenis Warisan
Bangunan bersejarah.
Penerangan
Rumah kedai ini merupakan bangunan perniagaan pertama di pekan Lenggong yang telah didirikan sejak tahun 1915. Ia bercirikan rumah kedai dua tingkat yang diperbuat daripada kayu mengikut gaya rumah tradisional Melayu. Pada awalnya, ruang bawahnya berfungsi sebagai ruang perniagaan meraih getah dan tembakau manakala ruang atasnya sebagai ruang kediaman.
Kepentingan
Senibina dan fungsi yang menunjukkan telah ada perniagaan berpusat oleh masyarakat Melayu sejak sekurang-kurang 1915.
Warisan lain
Bangunan perniagaan ini melengkapkan fungsi pekan bersejarah Lenggong sebagai pusat komuniti yang aktif sekurang-kurangnya sejak 1915.

