Jenis Warisan

Tapak Geoarkeologi.

Nilai

Global.

Penerangan

Tapak Geoarkeologi Bukit Bunuh mendedahkan bukti kebudayaan Paleolitik yang terletak di dalam kawah impak hentaman meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu. Penemuan alat batu yang tertanam di dalam batuan impaktit suevit menunjukkan telah ada manusia di sini sebelum impak berlaku.

Ini menjadi bukti terawal Paleoltik di Asia Tenggara. Tapak ini kemudiannya dihuni berterusan dan juga sebagai tempat membuat alat batu Paleolitik pada 550,000, 270,000,  92,000, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.

Adalah salah satu tapak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong yang telah diisytihar pada 2012.

Kepentingan

Bukit Bunuh mengukuhkan status Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Warisan lain

Tapak ini unik kerana ia terbentuk akibat hentaman meteorit yang menjadikannya satu-satunya tapak di dunia yang membuktikan manusia hidup di lokasi impak meteorit dan terbukti kemudiannya batuan impak suevit telah dijadikan sebagai bahan asas pembuatan alat batu pada 40,000 tahun dahulu.