Jenis Warisan
Tapak Geoarkeologi.
Nilai
Global.
Penerangan
Tapak Geoarkeologi Gua Gunung Runtuh terletak 72 m hampir ke puncak Bukit Batu Kapur Kepala Gajah. Lantai gua berbentuk bintang ini berkeluasan sekitar 96 m2 telah digunakan oleh masyarakat prasejarah mulai 14,000–2,000 tahun dahulu, iaitu melibatkan budaya Paleolitik, Epi-Paleolitik dan Neolitik sebagai rumah semulajadi.
Di bahagian tengah gua pula telah dijadikan kawasan pengkebumian Perak Man, seorang lelaki berusia sekitar 40 tahun pada 10,000 tahun dahulu. Adalah salah satu tapak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong yang telah diisytihar pada 2012.
Kepentingan
Gua Gunung Runtuh mengukuhkan status Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Warisan lain
Penggunaan gua batu kapur sebagai tempat kediaman dan pengkebumian serta kelikir sungai sebagai bahan asas alat batu menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam.




