Jenis Warisan

Tapak Geoarkeologi.

Nilai

Global.

Penerangan

Tapak Geoarkeologi Gua Kajang terletak di kaki Bukit Batu Kapur Kepala Gajah. Tapak ini adalah merupakan tapak gua yang pertama negara yang dijalankan ekskavasi arkeologi, iaitu pada tahun 1917. 

Gua yang berbentuk terowong sepanjang 35 m ini mempunyai lantai yang berkeluasan sekitar 400 m telah digunakan oleh masyarakat prasejarah mulai 14,000–2,000 tahun dahulu, iaitu mendedahkan naterial kebudayaan Paleolitik-Epi-Paleolitik dan Neolitik sebagai rumah semulajadi.

Gua ni juga telah dijadikan sebagai tapak pengkebumian Paleolitik dan Neolitik. Adalah salah satu tapak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong yang telah diisytihar pada 2012.

Kepentingan

Gua Kajang  mengukuhkan status Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Warisan lain

Penggunaan gua batu kapur sebagai tempat kediaman dan pengkebumian serta kelikir sungai sebagai bahan asas alat batu menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam. Semasa penjajahan British, Gua Kajang telah digunakan sebagai laluan antara Gerik-Lenggong-Kuala Kangsar  yang dikenali sebagai laluan Berkely yang menggunakan kuda dan gajah.