Jenis Warisan

Tapak Geoarkeologi.

Nilai

Global.

Penerangan

Tapak Geoarkeologi Gua Ngaum terletak di kaki Bukit Batu Kapur Kepala Gajah.

Gua ini merupakan gabungan gua kecil dan pelindung batuan yang mempunyai keluasan lantai sekitar 38 m2 telah digunakan oleh masyarakat prasejarah sekitar 6,000 tahun dahulu, iaitu melibatkan budaya Epi-Paleolitik dan Neolitik sebagai rumah semulajadi.

Adalah salah satu tapak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong yang telah diisytihar pada 2012.

Kepentingan

Gua Ngaum mengukuhkan status Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Warisan lain

Penggunaan pelindung batuan di batu kapur sebagai tempat kediaman dan pengkebumian serta kelikir sungai sebagai bahan asas alat batu menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam.