Jenis Warisan

Tapak Geoarkeologi.

Nilai

Kebangsaan.

Penerangan

Gua Putih terletak dalam kompleks bukit batu kapur sekitar 12 km dari bandar Gerik dan di utara Felda Bersia. Ia terletak berhampiran (kira-kira 1 km) ke Gua Singa. Gua ini mempunyai keluasan kira-kira 85 m². 

Ekskavasi arkeologi di Gua Gua Putih telah menemui artifak sejak zaman Epi-Palaeolitik-Neolitik (9,000–5,000 tahun dahulu), termasuk artifak alat batu, serpihan tembikar dan sisa makanan.

Kepentingan

Gua Putih mendedahkan bukti arkeologi di bahagian utara Lenggong UGGp iaitu di luar daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.

Warisan lain

Penggunaan gua di batu kapur Formasi Kroh sebagai tempat kediaman serta kelikir sungai (untuk alat batu) dan tanah liat (untuk tembikar)  menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam.