Jenis Warisan
Tapak Geoarkeologi.
Nilai
Kebangsaan.
Penerangan
Gua Serendah terletak dalam batu kapur di bahagian barat Gunung Kenderong, di tengah utara Lenggong UGGp. Pelindung batuan ini berkeluasan sekitar 50m2 dan berketinggian 24m.
Permukaan gua mendedahkan banyak artifak alat batu dan sisa makanan yang dijangka mewakili kehidupan prasejarah 5,000-3,000 tahun dahulu.
Kepentingan
Gua Serendah mendedahkan bukti arkeologi di bahagian tengah di utara Lenggong UGGp iaitu di luar daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.
Warisan lain
Penggunaan gua di batu kapur Formasi Kroh sebagai tempat kediaman serta kelikir sungai (untuk alat batu) dan tanah liat (untuk tembikar) menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam.

