Jenis Warisan

Tapak Geoarkeologi.

Nilai

Kebangsaan.

Penerangan

Gua Singa terletak dalam kompleks bukit batu kapur sekitar 12 km dari bandar Gerik dan di utara Felda Bersia. Ia terletak berhampiran (kira-kira 1 km) ke Gua Putih. 

Gua Singa mempunyai pintu masuk bertingkat dan menyimpan rekod arkeologi sebagai tapak Epi-Paleolitik-Neolitik, bermula sejak 9,250±60 tahun dahulu. 

Gua Singa A mempunyai keluasan kira-kira 60m² dan Gua Singa B berkeluasan 32 m². Material kebudayaan yang ditemui ialah alat batu, serpihan tembikar dan sisa makanan.

Kepentingan

Gua Singa mendedahkan bukti arkeologi di bahagian utara Lenggong UGGp iaitu di luar daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.

Warisan lain

Penggunaan gua di batu kapur Formasi Kroh sebagai tempat kediaman serta kelikir sungai (untuk alat batu) dan tanah liat (untuk tembikar)  menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam.