Jenis Warisan
Tapak Geoarkeologi.
Nilai
Global.
Penerangan
Tapak Geoarkeologi Gua Teluk Kelawar terletak di kaki Bukit Batu Kapur Kepala Gajah.
Gua ini adalah jenis pelindung batuan yang mempunyai keluasan lantai sekitar 70 m2 telah digunakan oleh masyarakat prasejarah mulai 14,000–2,000 tahun dahulu, iaitu melibatkan budaya Paleolitik, Epi-Paleolitik dan Neolitik sebagai rumah semulajadi.
Gua ni juga telah dijadikan sebagai tapak pengkebumian Epi-Paleolitik. Adalah salah satu tapak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong yang telah diisytihar pada 2012.
Kepentingan
Gua Teluk Kelawar mengukuhkan status Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Warisan lain
Penggunaan pelindung batuan di batu kapur sebagai tempat kediaman dan pengkebumian serta kelikir sungai sebagai bahan asas alat batu menunjukkan hubungan berterusan manusia dan alam.




