Jenis Warisan
Volcanology.
Nilai
Tapak geowarisan berkepentingan antarabangsa.
Penerangan
Tapak yang mewakili tuf Lawin merupakan tapak bekas kuari di Felda Papulut. Batuan tuf Lawin tertabur secara meluas di sekitar kawasan Lawin – Gerik. Batuan ini terdiri daripada lapisan tebal batuan piroklastik daripada bahan volkanik yang diendapkan di sekitaran laut cetek.
Batuan ini terbentuk akibat letusan volkano yang berlaku pada zaman Ordovisi (490–465 juta tahun lampau). Batuan tuf Lawin juga mewakili endapan letusan arka volkano kuno yang memanjang dari Malaysia hingga ke Thailand.
Lenggong terletak di bahagian hemisfera Selatan berdekatan benua Australia semasa letusan ini berlaku. Bermula pada zaman Karbon (360 juta tahun lampau), Lenggong kuno mula bergerak ke arah khatulistiwa ke kedudukan sekarang.
Kepentingan
Tuf Lawin mewakili episod aktiviti volkano tertua di terain Sibumasu di pinggir Proto-Tethys Gondwana Timur/ Asia Tenggara sejak zaman Ordovician (480–460 juta tahun yang lalu).
Warisan lain
Batuan volkanik seperti tuf mengandungi mineral penting yang membantu kesuburan tanah, menyokong pertumbuhan flora dan fauna yang unik.




