Jenis Warisan

Spesies terancam.

Penerangan

Biotapak ini terletak di kawasan Hutan Simpanan Dara Bintang Hijau berhampiran Pusat Ternakan Haiwan Lenggong. Ungka tangan putih tertabur secara meluas di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia.

Lenggong ialah kawasan taburan Ungka tangan putih (Hylobates lar) yang paling ke utara pernah dijumpai. Ungka ialah satu-satunya primat mawas kecil (lesser ape) tanpa ekor di dunia dalam benua Asia.

Oleh kerana ungka ini sangat comel dan langka, maka spesies ini dilindungi sepenuhnya dan terancam IUCN kerana diburu sebagai haiwan peliharaan secara haram.

Kepentingan

Hutan Simpanan Dara Bintang Hijau di Banjaran Bintang adalah sebahagian daripada ekosistem hutan dipterokarpa bukit granit yang sangat kaya dengan kepelbagaian biologi termasuk pelbagai spesies terancam.

Warisan lain

Hutan Simpanan Dara Bintang Hijau yang didasari oleh batuan granit menyediakan sekitaran yang sesuai dengan kehidupan tertentu yang bergantung antara satu sama lain.