Lawatan Projek Kursus Pelajar Sarjana Perancangan Pelancongan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

14–18 Mei 2026

Lenggong UNESCO Global Geopark telah menerima kunjungan Lawatan Projek Kursus daripada pelajar Sarjana Perancangan Pelancongan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung pada 14 hingga 18 Mei 2026.

Program ini melibatkan sembilan (9) orang pelajar pascasiswazah yang diiringi oleh seorang pensyarah, dengan memberi tumpuan kepada kajian lapangan dan penilaian berkaitan perancangan pelancongan, pembangunan geopark serta penglibatan komuniti di kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diiringi oleh kakitangan Unit Pengurusan Lenggong UNESCO Global Geopark ke beberapa tapak geologi (geosite) dan tarikan utama di sekitar geopark. Lawatan ini memberikan pendedahan secara langsung terhadap warisan geologi, warisan budaya serta produk pelancongan berasaskan komuniti yang terdapat di Lenggong.

Satu sesi perkongsian ilmu turut diadakan bersama Setiausaha Majlis Daerah Lenggong, Encik Muhammad Khairul Ameer bin Abbas, selaku sekretariat Lenggong UNESCO Global Geopark. Sesi tersebut memfokuskan kepada aspek pengurusan geopark, pembangunan pelancongan lestari serta peranan penting komuniti setempat dalam memperkukuh status Lenggong sebagai UNESCO Global Geopark.

Diharapkan lawatan akademik ini dapat memberikan pendedahan, pengalaman serta ilmu yang bermakna kepada para pelajar dalam memahami pendekatan perancangan pelancongan lestari yang berteraskan pembangunan geopark, pemuliharaan warisan dan penglibatan aktif komuniti setempat.

#Lenggong LenggongGeopark #LenggongUNESCOGlobalGeopark #UTM #TourismPlanning #Geoheritage #Geotourism #SustainableTourism #CommunityBasedTourism #DiscoverLenggong #UNESCOGlobalGeopark #DoubleUNESCOCrown

Tinggalkan komen

0.0/5