Lenggong – Lenggong UNESCO Global Geopark berbesar hati menerima kunjungan para pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson ke Galeri Lenggong Geopark dalam satu lawatan pendidikan yang memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para peserta.
Lawatan tersebut telah dikendalikan oleh Geoguide Lenggong Geopark, Encik Nasir, yang memperkenalkan para pelajar kepada kepelbagaian warisan geologi, arkeologi, budaya dan alam semula jadi yang terdapat di Lenggong UNESCO Global Geopark.
Menerusi pendekatan penceritaan serta penerokaan, para pelajar berpeluang memahami hubungan erat antara sejarah bumi dengan sejarah kehidupan manusia yang berkembang di Lenggong sejak zaman prasejarah. Pendekatan ini turut menghidupkan tema “Where Earth’s and Human History Intertwine” yang menggambarkan keterikatan antara evolusi bumi dan perjalanan sejarah manusia di Lenggong.
Lawatan seumpama ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan para pelajar mengenai warisan Lenggong, malah dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan serta tanggungjawab generasi muda dalam menghargai khazanah warisan negara.
Lenggong UNESCO Global Geopark berharap lawatan pendidikan ini dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai, memelihara dan mempromosikan warisan geologi, arkeologi, budaya dan alam semula jadi Lenggong agar terus terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
#LenggongGeopark #UNESCOGlobalGeopark #SMKAnderson #Geoguide #Geotourism #GeoEducation #Lenggong #Perak #Malaysia












